![]() |
| Gambar ihsan Bomba |
KOTA KINABALU: Seorang lelaki cedera selepas terjatuh dan tersangkut di atas bumbung sebuah kereta di hadapan Bangunan KK Plaza, di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian jam 11.54 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu, berkata sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
“Pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkannya kepada ambulans KKM.
“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.30 tengah hari selepas keadaan disahkan selamat,” katanya.
Turut berada di lokasi ialah anggota polis bagi membantu kawalan lalu lintas di sekitar kawasan kejadian.
