![]() |
Gambar ihsan Bomba |
Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari itu, mangsa ditemui tertimbus sepenuhnya sebelum dikeluarkan pasukan bomba dengan kaedah menggali tanah dan dibawa naik menggunakan pengusung.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian balai sebelum sebuah jentera FRT dan kenderaan utiliti digerakkan bersama 12 anggota ke lokasi.
“Pasukan bomba segera menjalankan operasi menyelamat dengan menggali tanah di lokasi mangsa tertimbus.
"Mangsa berjaya dikeluarkan dan dinaikkan menggunakan stretcher," katanya.
Bagaimanapun, pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.50 petang selepas kawasan disahkan selamat," ujarnya lagi.