Mahkamah Koroner keluar amaran bocor bukti inkues Zara Qairina


 
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan amaran tegas kepada orang ramai supaya tidak berkongsi atau menyiarkan sebarang bahan bukti inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, di media sosial.

Koroner, Hakim Shah Amir Hassan menegaskan tindakan itu boleh dianggap sebagai penghinaan mahkamah sekiranya dilakukan mana-mana pihak.

Beliau berkata, peringatan itu dikeluarkan susulan menerima aduan mengenai kebocoran beberapa bahan bukti yang dikemukakan dalam prosiding berkenaan.

"Semua pihak diingatkan agar tidak sewenang-wenangnya berkongsi bahan bukti.

"Saya menerima aduan bahawa ada bahan bukti yang telah bocor.

"Saya ingin mengingatkan semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya berkongsi perkara ini. Pihak berkuasa boleh mengambil tindakan berhubung isu ini,” katanya memberi amaran.

Saksi itu mengesahkan menerima 21 beg barang kes yang mengandungi empat buku nota, dua buku teks dan 15 helai kertas, kesemuanya dikenal pasti sebagai milik arwah.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia pada 17 Julai lalu di Hospital Queen Elizabeth, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar.

Mayatnya digali semula pada 8 Ogos untuk proses bedah siasat, sebelum Jabatan Peguam Negara mengumumkan inkues rasmi pada 13 Ogos. Prosiding akan bersambung jam 2 petang ini.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama