![]() |
Gambar ihsan Bomba |
Dalam kejadian jam 2.09 petang itu, kesemua mangsa yang menaiki Toyota Wish disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 sebelum sebuah jentera FRT dan EMRS dengan kekuatan sembilan anggota digerakkan ke lokasi.
“Setibanya pasukan bomba, didapati kemalangan membabitkan sebuah lori treler dan Toyota Wish. Seramai lima mangsa terperangkap dalam kereta berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan penyelamat.
“Bagaimanapun, kesemua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Katanya lagi, pemandu lori treler yang terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Identiti mangsa yang maut ialah Harianto Anuar, 20; Neil Stanly Pletinie, 20; Mohammad Ikhwan Kurniawan, 20; Mohamad Zuhaikal Mohd Zaidy, 20; serta seorang lelaki dewasa belum dikenal pasti.
"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.20 petang selepas kawasan kejadian disahkan selamat," ujarnya lagi.