![]() |
| Arifin menyampaikan cenderahati kepada panel jemputan Forum Fikrah Siddiq Fadzil. |
KOTA KINABALU: Pemikiran dan legasi tokoh dakwah serta pemikir Islam tersohor, Almarhum Prof. Datuk Dr. Siddiq Fadzil terus diangkat sebagai rujukan penting dalam usaha membina masyarakat madani di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, Siddiq Fadzil telah meninggalkan warisan ilmu yang sangat bernilai untuk generasi akan datang.
"Tokoh besar seperti Prof. Dr. Siddiq Fadzil telah meninggalkan legasi yang perlu kita warisi beliau mengajar kita bahawa kekuatan umat bukan hanya diukur pada bilangan atau kekayaan tetapi pada kekuatan ilmu kesatuan nilai dan ketinggian adab.
"Begitu banyak khazanah ilmu yang diwariskan oleh Dr. Siddiq Fadzil yang masih belum dikaji dengan baik oleh generasi kini dari sejumlah buku-buku nukilannya,"katanya ketika merasmikan Seminar Fikrah Madani: Pemikiran Siddiq Fadzil peringkat Negeri Sabah 2025, pada Selasa.
Menurut Hajiji, usaha untuk mendekatkan legasi pemikiran Dr. Siddiq dengan anak muda wajar dipertingkatkan, termasuk melalui penganjuran seminar ilmiah seperti ini.
"Usaha untuk mendekatkan legasi Ustaz Siddiq dengan anak muda wajar dipertingkatkan seperti seminar pada hari ini.
"Justeru hadirin sekalian anak muda Sabah khususnya, harus menjadikan pemikiran beliau sebagai panduan dalam dunia yang penuh cabaran digital krisis moral dan ketidaktentuan geopolitik kita perlu membina generasi yang berilmu berprinsip serta berjiwa besar.
"Semangat Dr. Siddiq Fadzil adalah semangat yang menolak ekstremisme menolak perpecahan dan mengajak kita membina masa depan dengan penuh hikmah,"jelasnya.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.
Beliau berkata, nama Almarhum Prof. Datuk Dr. Siddiq Fadzil bukanlah asing dalam peta sejarah conceptual Islam di negara, malah dikenang sebagai ilmuwan yang matang, sarat visi pembaharuan, dan sentiasa mendidik umat dengan penuh hikmah.
"Beliau lahir sebagai seorang pemimpin yang matang dalam medan dakwah tampil sebagai seorang ilmuwan yang syarat dengan visi pembaharuan dan dikenang sebagai tokoh yang sentiasa mendidik umat dengan penuh hikmah serta kebijaksanaan.
"Dr. Siddiq Fadil pernah memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan di bawah kepimpinannya ABIM berkembang menjadi wadah perjuangan umat yang menekankan pendidikan menekankan kebajikan masyarakat dan menekankan kelestarian nilai Islam dalam kehidupan berbangsa dan bernegara.
"Beliau pernah menerajui wadah pencerdasan umat wadah (WADAH) serta diberi kepercayaan sebagai pengerusi lembaga pengarah universiti sains Islam Malaysia (USIM),"ujarnya.
Sumbangan besar beliau, jelasnya, termasuk merangka hala tuju pendidikan Islam progresif di Malaysia berteraskan ilmu, akhlak dan keterbukaan. Pemikirannya juga menegaskan bahawa Islam harus dipersembahkan dengan wajah yang damai, inklusif dan membawa rahmat kepada seluruh alam selaras dengan realiti masyarakat majmuk di Sabah.
“Antara warisan beliau yang dekat di hati umat Islam Sabah ialah kuliah tafsir maudhu'i yang sering disampaikan dengan penuh keindahan bahasa, kedalaman tafsiran dan keluhuran jiwa.
"Kuliah ini bukan sekadar membicarakan soal hukum, tetapi membawa kita menyelami makna besar al-Quran sebagai petunjuk hidup,”jelasnya.
Program kerjasama WADAH Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, serta ABIM Sabah itu berjaya menghimpunkan kira-kira 800 peserta dari seluruh Sabah.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datuk Malai Ali Malai Ahmad, Presiden WADAH negeri Sabah, Datuk Ahmad Azam Ab Rahman, Pengarah DBP Sabah, Jennitah Noordin, Pengerusi WADAH Negeri Sabah, Abdul Manap Mahmud, Yang Dipertua ABIM Sabah, Muhd Zikri Zainudin, serta Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Sapawi Ahmad.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)
