Inkues Zara: Zara ada nyatakan mahu jadi Badar – Saksi kedua

 

Pasukan peguam keluarga Zara ketika ditemui pemberita selepas prosiding.

KOTA KINABALU: Inkues kematian pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir, hari ini diberitahu saksi kanak-kanak kedua bahawa Allahyarhamah pernah menyatakan hasrat untuk menjadi ahli Badar (Pengawas surau) di sekolahnya melalui sepucuk surat yang ditunjukkan oleh seorang pelajar pada malam 15 Julai lalu. 

Menurut Peguam keluarga Zara, Rizwandean M Borhan berkata surat yang disebut sebagai ‘kertas privasi Zara’ itu ditunjukkan kepada pelajar-pelajar lain di dalam dorm sehingga menjadi bahan ketawa. 

“Menurutnya, arwah Zara makin menangis, semakin kuat bila surat itu dibacakan,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Kota Kinabalu, semalam. 

Selepas kejadian surat privasi itu, saksi berkata Zara terus menangis dan akhirnya berlari keluar dari bilik berkenaan.

Mengulas lanjut, saksi juga memberitahu sebelum insiden itu, saksi telah mengadu kehilangan dompet dan mengesyaki Zara yang mengambilnya. 

Namun, Zara menafikan tuduhan tersebut serta bersumpah. 

“Dia telah bersumpah ‘Wallahi, saya tidak ambil dompet itu’. 

“Jadi, pelajar yang buat aduan itu pun percaya dan meminta maaf.

“Namun, tiba- tiba seorang pelajar lain masuk ke dalam dorm dan marah serta menuduh Zara mencuri pin benderanya.

“Dan kemudian beberapa pelajar lain menggunakan kata-kata kesat kepada arwah Zara di sudut bilik itu. Lalu, Zara menangis dan diketawakan,” jelasnya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama