AGC teliti ambil tindakan tegas Shafie Apdal hina mahkamah


PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) memandang serius ucapan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berhubung kes membabitkan pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, yang disifatkan berpotensi mengganggu prosiding mahkamah.

Ucapan itu dibuat Ahli Parlimen Semporna berkenaan ketika menghadiri program Jelajah Inspirasi DSSA P187 Kinabatangan pada 20 September lalu.

Dalam kenyataan hari ini, AGC menegaskan kenyataan sedemikian boleh menimbulkan persepsi tidak tepat dalam kalangan masyarakat serta menjejaskan kelancaran prosiding mahkamah yang masih berjalan.

“Jabatan ini sedang meneliti dengan terperinci setiap kandungan kenyataan berkenaan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas menurut undang-undang, termasuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah selepas penelitian selesai,” katanya.

AGC turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekeliruan atau mengganggu kelancaran perjalanan prosiding di mahkamah.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama