![]() |
Arwah Darna Tajudin, 41, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau, pagi tadi. |
Menerusi perkongsian di Facebook milik salah seorang ahli keluarga mangsa, arwah Darna Tajudin, 41, disahkan meninggal dunia pada jam 8.37 pagi tadi.
"Mohon sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buatnya, terima kasih," tulisnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.55 malam di Batu 9, Jalan Apas, mangsa bersama beberapa rakan sedang melakukan aktiviti riadah berjoging dari Bandar Sri Indah, di sini, menuju T2 Jalan Apas sebelum dirempuh.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, dalam kenyataan media pada 10 Ogos berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila pemandu pikap Toyota Hilux berusia 57 tahun melanggar belakang sebuah MPV Perodua Alza dipandu lelaki 39 tahun lalu hilang kawalan.
Menurutnya, akibat pelanggaran itu kenderaan pacuan empat roda terbabit terbabas ke bahu kiri jalan lalu merempuh mangsa yang sedang berjogging menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah.
"Berikutan perkembaangan terbaru kes ini, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.