![]() |
Mazlan(tengah) sidang media Penganjuran Program Sabah Moto Day 8.0 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Selasa. |
KOTA KINABALU: Acara permotoran terbesar Sabah, Sabah Moto Day (SMD) 8.0, dijangka menghimpunkan sekurang-kurangnya 60,000 pengunjung termasuk dari Brunei, Sarawak dan Labuan tahun ini.
Pegawai Khas Ketua Menteri merangkap Pengerusi Agensi Antidadah Negeri Sabah, Datuk Mazlan Joehari Manan berkata pihaknya menjadikan program terbabit sebagai platform terbaik bagi menyebarkan mesej pencegahan dadah.
Menurutnya, komuniti permotoran majoritinya terdiri daripada golongan belia.
Mengulas lanjut katanya pelbagai aktiviti dan pengisian yang akan dilaksanakan sepanjang program itu berlangsung seperti Booth Informasi dan konvoi amal ke rumah anak yatim di Tuaran.
“Kita juga akan menganjurkan sesi perkongsian pengalaman dengan Boss Gerry, Pengusaha Restoran Pate Grill, seorang bekas penagih yang kini bebas dadah, supaya rakan-rakan permotoran dapat mengambil iktibar,”katanya.
Beliau berkara demikian pada sidang media Penganjuran Program Sabah Moto Day 8.0 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Selasa.
Menurutnya, Ketua Menteri Sabah akan merasmikan SMD 8.0 bagi menandakan sokongan padu kerajaan negeri terhadap usaha mennyantuni anak muda melalui aktiviti positif dan bersifat inklusif.
Mazlan turut menambah bahawa Skuad Antidadah Sabah kini mempunyai seramai 13,000 ahli dan sedang menyasarkan sasaran jangka panjang mencapai 100,000 ahli melalui penganjuran program besar seperti SMD.
Program anjuran Kelab Dua Roda Bersatu dengan kerjasama Skuad Antidadah itu akan berlangsung di Padang Kawad Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 16 dan 17 Ogos ini.