Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri yang juga Exco Pendidikan dan Agama, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, majlis peringkat negeri akan berlangsung di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu selepas solat Maghrib.
Katanya, majlis itu akan dipimpin Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan turut diadakan secara serentak di semua masjid dan surau di negeri ini.
“Sebelum ini, pada 8 Ogos lalu saya telah mengarahkan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk menyelaras penganjuran Majlis Tahlil dan Doa di seluruh Sabah bagi mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah Zara Qairina,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau turut mengajak seluruh rakyat Sabah untuk bersama-sama mendoakan semoga Allahyarhamah dikurniakan maghfirah dan rahmah oleh Allah SWT.
