![]() |
Ihsan: Laman X @KKCity |
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan barat Sabah bakal mengalami cuaca signifikan dengan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bermula 29 Ogos hingga 1 September tahun ini.
Menurut MET Malaysia, keadaan itu berpunca daripada tiupan angin barat yang dijangka bertambah kencang sepanjang tempoh berkenaan.
“Orang awam dinasihatkan agar sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan merujuk sumber rasmi MET Malaysia atau aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam satu kenyataan MET Malaysia hari ini.
Dalam pada itu, amaran bagi perairan Labuan dan Pulau Layang-Layang turut dijangka mengalami angin kencang serta laut bergelora sehingga 30 Ogos ini.