Pengetua, PK HEM, warden SMKA Tun Datu Mustapha ditempatkan sementara di JPN Sabah

 

KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan (KPM) menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) serta semua warden SMKA Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan pihak polis selesai.

Langkah itu dibuat susulan pengumuman Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina.

KPM dalam kenyataannya berkata, keputusan itu bagi memberi laluan kepada proses siasatan tanpa sebarang gangguan, selain menunjukkan komitmen kementerian untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa.

“Sebagaimana yang telah ditegaskan sebelum ini, kes tersebut adalah keutamaan KPM pada masa ini.

"Kami berharap siasatan dapat dijalankan secara telus, menyeluruh dan tuntas demi keadilan buat keluarga serta semua pihak terlibat,” katanya.

Terdahulu, kes kematian Zara Qairina, 13, mendapat perhatian meluas di seluruh negara, termasuk dari luar Sabah, selepas keluarga dan pelbagai pihak menggesa siasatan mendalam dilakukan bagi merungkai punca kejadian.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama