KOTA KINABALU: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pengalaman dan keihklasan Barisan Nasional (BN) mampu membangunkan negeri Sabah.
Katanya, ini berikutan pihaknya mempunyai rekod dalam usaha membangunkan negeri ini.
Susulan itu, beliau yang juga merupakan Pengerusi BN Sabah berkata pihaknya yakin rakyat akan kembali memberi mandat bagi mengembalikan legasi pembangunan negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.
Memetik sumber UMNO Online, menurutnya BN-UMNO telah meninggalkan sejarah panjang di Sabah sebagai parti yang membawa perubahan besar sejak mengambil alih pentadbirannya.
“Sebelum BN mentadbir, Sabah ketinggalan jauh di bawah pentadbiran parti-parti tempatan namun apabila BN mengambil alih, bermulalah arus pembangunan iaitu jalan raya, bekalan elektrik, air bersih.
"Tetapi selepas kita kalah, masalah-masalah ini kembali timbul. Kalau tidak terkandas pada 2018, saya rasa isu air dan jalan raya sudah selesai,” katanya.
Dalam pada itu, Bung Moktar yang juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan juga nenyatakan bahawa pembangunan pesat pada era BN termasuk di Kinabatangan digerakkan dengan sokongan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Walau bagaimanapun, jelasnya selepas BN tumbang pada tahun 2018, beberapa projek terbabit telah terbengkalai.
“Kita ingin meyakinkan rakyat bahawa dengan pengalaman dan keikhlasan pemimpin UMNO-BN, kita boleh mengembalikan maruah Sabah.
"Kita mampu mengeluarkan lapan daerah termiskin dan menjadikan Sabah bukan lagi negeri termundur di Malaysia,” katanya.