Peguam keluarga Zara Qairina rayu saksi lain tampil untuk bantu siasatan

 

KOTA KINABALU: Peguam mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail merayu agar saksi yang belum tampil untuk berbuat demikian bagi membantu siasatan kes membabitkan pelajar tingkatan satu sekolah agama itu.

Menurutnya, ada individu yang mahu bertemu dengan pihaknya berhubung kes terbabit.

"Mohon saksi yang masih ada, tolong keluar, itulah permintaan khas kami. Setakat ini ada yang masih mahu berjumpa dengan kami.

"Saya, secara peribadi, sudah dapat maklumat tapi itu saya kena tapis. Setakat ini, ada beberapa (saksi)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas prosiding bertempat di Mahkamah Kanak-Kanak, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkata pihaknya juga sedang menunggu tarikh pendengaran permohonan untuk

menjadi 'interested party' dalam prosiding inkues yang dijadualkan bermula 3 September depan.

"Kami menunggu tarikh pendengaran. Mungkin dalam minggu ini," katanya. 


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama