Orang ramai dijemput meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025

 

Persembahan Pasukan Kawad  Senyap.

KOTA KINABALU:  Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 yang akan berlangsung di Dataran Bandaraya, Ahad ini.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Tan Lee Fatt berkata, sambutan kali ini akan menampilkan pelbagai acara menarik termasuk persembahan Pasukan Kawad  Senyap oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM)serta pameran aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang pastinya mendapat perhatian kanak-kanak dan orang dewasa.

“Kami menjangkakan kira-kira 50,000 pengunjung akan hadir.

"Setakat ini persiapan sudah mencapai 95 peratus dan satu sesi taklimat penambahbaikan akan diadakan selepas ini,” katanya kepada media selepas menyaksikan raptai penuh sambutan itu di Dataran Bandaraya, pada Jumaat.

Menurutnya, raptai penuh yang diadakan itu berjalan dengan lancar, melibatkan kira-kira 120 kontinjen, meskipun terdapat lima kontinjen yang tidak hadir.

“Pada hari ini, raptai penuh berjalan dengan baik dan masa juga tepat.

"Saya amat berpuas hati dengan perjalanan raptai yang disertai hampir semua kontinjen,” jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2025 turut berharap keadaan cuaca baik pada hari sambutan nanti.

Hadir sama,  Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Seri Dr Sabin Samitah dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Mohd Sofian Alfian Nair.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama