![]() |
Juliah (empat dari kanan) menyerahkan goodies bag kepada salah seorang pelatih PPDK Tanjung Aru. |
KOTA KINABALU : Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA-GRS) menyantuni 50 warga Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Tanjung Aru dalam Ziarah Amal Anjuran Kebajikan MUTIARA-GRS.
Ziarah berkenaan diketuai oleh Yang Dipertua MUTIARA-GRS, Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag, pada Selasa.
Dalam ziarah tersebut, Juliah menyerahkan sumbangan berjumlah RM1,000 bagi tujuan membiayai sebahagian keperluan PPDK Tanjung Aru.
Sejurus selepas itu, beliau melawat waris mangsa kemalangan jalan raya di Kg Ulu, Putatan.
Dalam lawatan berkenaan, Juliah sempat menyantuni waris, Siti Zulaihah Bakir dan tiga daripada tujuh anak mangsa kemalangan maut yang berlaku di Kilometer 121, berhampiran Masjid Takala, Kampung Paris 1, pada 3 Ogos lalu.
Turut disampaikan, sumbangan kilat berjumlah RM1,000, bakul makan dan lampin pakai buang.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)