![]() |
Arsad ketika ditemui media. |
KOTA BELUD: Semua pihak diseru turut sama menggelorakan sambutan Hari Sabah dan Hari Kebangsaan memandangkan disambut pada tarikh yang sama.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari berkata, semua pihak dan masyarakat seharusnya menyemarakkan semangat kemerdekaan berganda memandangkan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah jatuh pada tarikh yang sama.
"Sabah mencipta satu sejarah yang mana, Hari Sabah dan Hari Kebangsaan jatuh pada tarikh yang sama.
"Sekarang ini Hari Sabah sudah satu tarikh dengan hari kebangsaan, jadi saya minta semua agensi di bawah kerajaan negeri itu atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dibawah kerajaan negeri turut sama menyumbang atau bersama-sama memberi semangat yang padu kepada kepada usaha Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) menyemarakkan bulan kebangsaan.
"Selain itu, kita juga mengharapkan agensi ataupun mana-mana jabatan di bawah persekutuan sama-sama untuk turut sama membantu menggelorakan lagi sambutan bulan kebangsaan ini, " katanya ketika ditemui media dalam majlis KMJG di Dataran Tempasuk pada Selasa.
Beliau yang juga Pengerusi Sabah Softwoods Bhd. menyeru masyarakat komuniti Kota Belud mengibarkan Jalur Gemilang dirumah masing-masing.
"Kita minta semua komuniti dan masyarakat di Tempasuk ini menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan, semangat patriotik mencintai negara dengan mengibarkan satu rumah satu Jalur Gemilang.
"Harapan saya sebagai pemimpin, saya mengetuai pasukan ini untuk membawa dan menyedarkan masyarakat kita ke tahap yang bisa dibanggakan seterusnya menyumbang kepada daerah Kota Belud saterusnya kepada negeri, " ujarnya.
Arsad turut meluangkan masa mencuba dan merasai kehebatan kereta Proton X50 keluaran terkini yang turut menyertai konvoi KMJG membuktikan kehebatan produk tempatan.
Menurut Sales Manager Proton 3S, Shirba Autoworld Sdn. Bhd, Stefenie Fanie John, Proton X50 di keluarkan dengan lebih moden menggunakan enjin empat silinder dengan timing chain, dihadirkan dengan apple car plan dan android automatik, kamera 360 darjah dan amaran pintu terbuka.
"Semua varian mempunyai enjin yang sama iaitu turbo direct injiction, satu klik automatik parking dengan suara arahan berbahasa Melayu, "ujarnya.
Turut hadir, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, Penolong Pegwai Daerah Kota Belud, Abdul Wahab Sidik dan Ketua Polis Kota Belud, Supretanden Shahrudin Mat Husain.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)