Lelaki melecur kebakaran dua buah rumah di Jalan Apas, Tawau

TAWAU – Seorang lelaki cedera melecur di bahagian kaki dan tangan selepas terlibat dalam insiden kebakaran melibatkan dua buah rumah di hadapan Tokoh Maria Batu 4, Jalan Apas Tawau, di sini pagi tadi.

Menurut Pemangku Ketua Balai Bomba (BBP) Tawau, PPgB Madzlan Sarman, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.50 pagi sebelum menggerakkan dua jentera FRT bersama 23 anggota serta sebuah unit EMRS ke lokasi kejadian. 

Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Komuniti Titingan dengan kekuatan enam anggota.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis separuh kekal. Sebuah rumah bersaiz 50x30 kaki persegi musnah sepenuhnya. Sebuah lagi rumah bersaiz 60x40 kaki persegi terbakar kira-kira 60 peratus. Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran 500 kaki dengan satu dividing breeching dan dua pancutan sumber air daripada pili bomba berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa ialah Bacho Ambosappe, 57 tahun, mengalami kecederaan melecur ketika cuba menyelamatkan diri. Beliau diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba sebelum dihantar ke Hospital Tawau menggunakan ambulans KKM.

Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7.24 pagi dan ditamatkan pada jam 8.35 pagi.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama