Laluan Jalan Tun Fuad Stephens bakal ditutup bermula 26 Ogos

 

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menutup sementara laluan utama sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens menjelang Sambutan Hari Kebangsaan 2025 pada penghujung bulan ini.

Dalam satu notis yang dikeluarkan penutupan jalan terbabit bermula 26 sehingga 29 Ogos.

Penutupan jalan itu bermula daripada jam lima sehingga satu petang dari

dari Bulatan SEDCO dan Wawasan Plaza hingga lampu isyarat Centre Point Sabah).

“Pada 30 Ogos, penutupan akan bermula jam 10 malam hingga satu tengah hari keesokan harinya (31 Ogos)," jelas dalam notis terbabit.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama