Kunjungan perpisahan Ketua Konsulat Korea

 

Yoon (kiri) berbual dengan Tun Musa.

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menerima kunjungan perpisahan Ketua Konsulat Korea di Sabah, Yoon Ockchae di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Yoon yang memulakan perkhidmatannya di Sabah sejak Mac tahun lalu menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sokongan terhadap pembukaan Konsulat Korea di Sabah yang mula beroperasi pada September 2023.

Beliau berkata, kewujudan Konsulat telah memudahkan penyampaian perkhidmatan konsular kepada rakyat Korea serta mengukuhkan hubungan dua hala dengan pelbagai pihak di Sabah, termasuk menerusi lawatan delegasi dari beberapa wilayah dan institusi di Korea.

Selain itu, beliau juga berharap jumlah pelancong Korea ke Sabah akan meningkat sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama