![]() |
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Isham Ishak sewaktu ditemubual wartawan, di Kg Masalog, Kota Marudu |
KOTA MARUDU: Sektor penanaman jagung bijian di Kampung Masalog, di sini, disifatkan sebagai pemacu penting dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Isham Ishak, berkata inisiatif itu bukan sahaja membantu mengurangkan kebergantungan terhadap jagung import, malah membuka peluang hasil baharu untuk Sabah.
"Kita lihat usaha ini sebagai satu aset besar untuk Sabah kerana ia mampu menyelesaikan beberapa isu utama, antaranya kebergantungan terhadap jagung import dan membuka hasil tanaman baharu seperti jagung bijian," katanya.
Beliau berkata demikian semasa lawatan rasminya ke Ladang Jagung Bijian Koperasi Tanjung Keramat bersama syarikat EMAT, semalam.
Menurutnya, teknologi digunakan dalam projek berkenaan terbukti mampu meningkatkan produktiviti kepada 15 hingga 16 tan sehektar, jauh lebih tinggi berbanding purata nasional iaitu sekitar 6 hingga 8 tan.
"Selain membuka ruang kerjasama teknologi antara kerajaan, swasta dan pelabur asing, ia juga memberi impak besar kepada komuniti khususnya anak muda di Kota Marudu melalui latihan dan pendedahan kepada pertanian moden," katanya lagi.
Jelasnya, usaha itu juga akan membantu menurunkan kos jagung dalam jangka panjang dan memberi kesan kepada penstabilan harga makanan seperti ayam, telur dan daging di pasaran tempatan.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa kejayaan projek itu mampu dijadikan penanda aras dan dirangka sebagai SOP untuk diperluaskan ke negeri-negeri lain seperti Perlis dan Johor.