Konvoi KMJG disambut meriah 500 warga KPKPS

Para peserta konvoi KMJG bergambar kenangan dengan warga KPKPS.

KOTA KINABALU: Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 disambut meriah oleh 500 warga Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS).

Ketibaan konvoi yang diketuai oleh Pengarah Penerangan Sabah, Jainisan Mohd Noor dialu-alukan oleh Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Samsul Dollah bersama-sama pegawai dari pelbagai jabatan persekutuan diiringi nyanyian lagu patriotik.

Acara tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama