![]() |
KENANGAN... APMM bergambar bersama peserta konvoi. |
KUDAT: Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) rentas samudera bawa misi menggelorakan semangat kemerdekaan di Pulau Banggi.
Menuju chek Point (CP) ke-65, peserta KMJG bersama agensi-agensi rakan strategik bergerak seawal 7.00 pagi menggunakan 10 bot laju milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menuju Jeti Pulau Banggi bagi melaksanakan program KMJG peringkat daerah Kudat.
Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu dibuka dengan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku sebelum Pasukan Tindakan Khas (PTK) Skuadron Gempur Sabah dan Sarawak membuat demonstrasi membawa buku KMJG untuk diserahkan dan ditandatangi oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Ibu Pejabat APMM, Nor Hisham Ibrahim.
Acara diteruskan dengan penyerahan Jalur Gemilang dan bendera Sabah kepada komuniti Nelayan, belia dan agensi sebagai sokongan kepada kempen satu rumah satu Jalur Gemilang (1R1JG).
Nor Hisham turut menyantuni penduduk kampung dengan mengagihkan beg dan box kembara berisi Jalur Gemilang dan Bendera Sabah kepada penduduk kampung dalam menyemarakkan lagi bulan kebangsaan masyarakat luar bandar.
Penyerahan cenderamata oleh pihak APMM kepada peserta ketua konvoi turut diadakan sebelum peserta konvoi KMJG bergerak ke tanah besar Kudat.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)