KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) sedang giat menjalankan rundingan dengan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata usaha itu penting bagi menjamin kestabilan politik di Sabah serta memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
“Kita sedia bekerjasama dengan BN dan GRS dan rundingan sedang berjalan di peringkat jawatankuasa ketika ini.
“Apa yang penting ialah peranan konstruktif PH dalam memastikan agenda reformasi terus diperkukuh,” katanya
Beliau yang juga Pengerusi PH berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2025, di sini hari ini.
Anwar berkata, keutamaan gabungan itu adalah membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil dan kukuh demi manfaat rakyat Sabah.
“Politik ini adalah seni keseimbangan. Kita faham kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menjamin kestabilan, keamanan dan pembentukan kerajaan negeri yang kuat.
“Ia sangat penting untuk memastikan kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan demi pembangunan Sabah,” katanya.
Mengulas mengenai pembahagian kerusi antara parti, beliau memaklumkan bahawa perbincangan terperinci sedang dilakukan oleh pasukan khas PH bersama rakan gabungan yang terlibat.
“Perkara ini dibincang secara terperinci oleh pasukan masing-masing. Sasaran kita adalah untuk elak pertandingan tiga penjuru, tetapi jika berlaku juga, kita akan cuba cari jalan penyelesaian supaya tidak timbul perpecahan yang merugikan,” katanya.
Ditanya sama ada kemungkinan pertembungan antara PH, BN dan GRS boleh menjejaskan kestabilan kerajaan, Anwar mengakui perbezaan pandangan sememangnya wujud namun yakin ia boleh ditangani dengan baik.
“Kita telah sampaikan mesej kepada semua pihak bahawa keutamaan adalah mencapai persefahaman demi kestabilan.
“Politik ada dinamikanya… kadang-kadang nampak rumit, tapi kita harus cari titik temu,” katanya.
Menjawab sinis soalan wartawan sama ada kerjasama antara tiga gabungan politik itu dianggap seperti ‘cinta tiga penjuru’, Anwar berkata, cinta itu kadang-kadang menyenangkan, kadang-kadang ada sedikit duka… tapi itulah makna cinta.