![]() |
Hamid sewaktu ditemui di luar perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, hari ini. |
Kota Kinabalu: Peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail, menegaskan tragedi menimpa pelajar itu tidak akan berlaku sekiranya siasatan awal dijalankan dengan teliti.
Menurut beliau, kecuaian di peringkat awal termasuk kegagalan melakukan bedah siasat menjadi punca utama sehingga kes berkenaan menimbulkan pelbagai persoalan dan kebimbangan masyarakat.
“Dia tidak akan berlaku jika tidak kerana kecuaian di peringkat awal siasatan, iaitu ketika post-mortem tidak dilakukan,” katanya.
Mengulas mengenai himpunan solidariti yang semakin digerakkan masyarakat di bawah gelombang Justice For Zara, Hamid berkata pihaknya menyokong penuh usaha itu.
“Bagi mereka yang ingin bersolidariti, saya dan pasukan saya sangat sokong.
"Cuma, patuhi undang-undang, patuhi peraturan yang ditetapkan serta jaga kebersihan tempat bersolidariti,” katanya lagi.
Beliau menegaskan solidariti ini mesti difokuskan kepada menuntut keadilan untuk Zara, tanpa dipengaruhi mana-mana kepentingan politik.