Dua blok rumah pekerja, lima kenderaan musnah terbakar

Gambar ihsan Bomba

NABAWAN: Dua blok rumah pekerja separuh kekal yang menempatkan 10 pintu kediaman musnah dalam kebakaran di Pandewan Palm Oil, Jalan Kampung Pandewan, awal pagi tadi.


Dalam kejadian jam 1 pagi itu, lima buah kenderaan yang berada di kawasan berhampiran turut terbakar sepenuhnya. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan tercedera.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan, Rudy Mekii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.00 pagi sebelum sepasukan tujuh anggota bersama jentera LFRT digerakkan ke lokasi.

"Kebakaran melibatkan dua blok rumah pekerja jenis separuh kekal bersaiz keseluruhan 150 x 200 kaki persegi yang terbakar 100 peratus.


"Lima kenderaan turut musnah dalam kejadian ini. Pasukan bomba bertindak menggunakan satu aliran sepanjang 400 kaki dan dua pancutan air daripada jentera bomba,” katanya.


Menurut beliau, anggota turut menggunakan teknik *defensive* bagi mengelakkan api daripada merebak ke struktur bangunan berhampiran.


"Kerja-kerja pemadaman dan overhaul selesai sepenuhnya pada jam 4.47 pagi dan operasi ditamatkan selepas tiada lagi ancaman bahaya dikesan di lokasi kejadian," ujarnya lagi.


TAMAT.///


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama