![]() |
Jagjit (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Wendy (kiri) sebagai tanda penghargaan. |
KOTA KINABALU: Majlis Doa Sayangi Malaysia menjadi platform bagi rakyat untuk memperkukuhkan keharmonian dan menzahirkan patriotisme.
Timbalan Presiden Persatuan Kinabalu Singh Sabha Kota Kinabalu, Jagjit Singh Sandhu berkata majlis itu memohon keselamatan, keharmonian dan perpaduan rakyat.
Menurut Jagjit, penganjuran majlis itu turut memberi mesej penting kepada generasi muda agar menghargai pengorbanan pejuang terdahulu serta menanam semangat cinta tanah air.
"Selain membina semangat cinta tanah air doa ini mengingatkan generasi muda sekarang menghargai orang-orang lama kita yang berkorban untuk negara.
"Di samping mengukuhkan nilai perpaduan dalam masyarakat madani selari dengan gagasan Malaysia Madani ini yang menekankan keseimbangan antara pembangunan spiritual dan mental," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Doa Sayangi Malaysia sempena Sambutan Hari Malaysia Hari Sabah 2025, di Gudwara Sahib Kota Kinabalu, pada Ahad.
Turut hadir, Penolong Setiausaha Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Wendy Laikim serta Naib Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS), Datuk Johnny Ng.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)