![]() |
Gambar ihsan Bomba |
SANDAKAN: Sebuah bengkel membaiki kereta musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Sandala, Batu 13, di sini petang tadi, menyebabkan dua buah kenderaan turut hangus dijilat api.
Dalam kejadian jam 3.24 petang itu, bengkel tidak kekal berkeluasan 30 x 30 kaki persegi terbakar 100 peratus bersama dua buah kereta, masing-masing Toyota Avanza dan Perodua Viva.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, sepasukan 12 anggota bersama empat jentera digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan melalui MERS999.
"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada jam 3.49 petang, kebakaran melibatkan struktur bengkel dan dua buah kenderaan telah pun marak sepenuhnya.
"Pasukan bertindak menggunakan teknik pemadaman 'defensive' bagi mengelakkan api merebak ke struktur berhampiran," katanya.
Beliau berkata, api berjaya dikawal dalam tempoh empat minit dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu.
Operasi pemadaman menggunakan satu aliran hose reel dengan sumber air dari jentera.
"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.18 petang, setelah memastikan tidak ada bahaya dilokasi kejadian," ujarnya lagi.