![]() |
| Siti (kiri) mengedarkan Box Kembara Maritim kepada kanak-kanak wara Henry Gurney. |
KENINGAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyantuni masyarakat menerusi penyampaian sumbangan Box Kembara Maritim sempena Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 Peringkat Daerah Keningau dan Sook.
NSumbangan disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri yang mewakili Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Siti Norhaini Osli.
Menurut Siti, inisiatif itu selaras dengan tema sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni.
“Bertepatan dengan slogan 'Rakyat Disantuni’, Ibu Pejabat APMM Negeri Sabah mengagihkan bendera Jalur Gemilang dan Box Kembara Maritim kepada kanak-kanak sebagai seruan memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara sejak kecil,” katanya kepada media dalam Program KMJG 2025, pada Ahad.
Program berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen P.182 Pensiangan, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.
Sejumlah 50 Box Kembara Maritim diedarkan di beberapa lokasi persinggahan KMJG oleh APMM, termasuk kepada kanak-kanak di Kampung Kapayan Baru dan di Henry Gurney.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)
