Anak jati Tawau pecah rekod kebangsaan acara lari berpagar

KOTA KINABALU: Atlet olahraga Sabah, Nur Aisyah Balqisyah Osman menjadi tumpuan dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 80 meter lari berpagar kategori perempuan 12 tahun. 

Pelajar dari Tawau itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 12.32 saat, sekaligus menewaskan rekod lama 12.41s yang bertahan sejak edisi lalu.

Kemenangan terbabit melengkapkan siri kejayaannya selepas meraih pingat emas di peringkat MSSS 2025, hanya beberapa minggu sebelum ini.

Tidak hanya Aisyah, kejohanan kali ini turut menyaksikan dominasi Sabah dalam acara lelaki apabila dua atlet dari Tawau, Mohammad Jumaidin dan Abimanyu Putra Afandi, menamatkan saingan 80 meter lari berpagar lelaki 12 tahun.

Jumaidin mencipta rekod baharu dengan masa 10.90 saat, manakala Abimanyu meraih perak dengan catatan selama11.07 saat.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama