Amaran ribut petir di Sabah hingga tengah hari ini

(Foto google)

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang melibatkan beberapa kawasan di negeri Sabah.

Ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan pedalaman sehingga jam 12 tengah hari ini. 

Amaran ini dikeluarkan oleh METMalaysia pada jam 9.15 pagi, yang memaklumkan antara kawasan yang terlibat iaitu di kawasan Kuala Penyu dan Beaufort.

Manakala, Pantai Barat merangkumi Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud serta Tawau dan Kudat. 

“Amaran ini diberikan berdasarkan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang dijangka berlaku dalam tempoh melebihi sejam,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, amaran ini sebagai peringatan awal kepada penduduk supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama