AGC putuskan tuduh suspek kes buli Zara Qairina

PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan beberapa suspek yang terbabit dalam kes buli membabitkan Allahyarhamah Zara Qairina akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain berdasarkan keterangan yang diperoleh sepanjang siasatan.

“Keputusan untuk menuduh suspek-suspek atas kesalahan buli dibuat kerana pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu prosiding inkues yang bakal dijalankan.

“Walaupun dakwaan terhadap suspek dilakukan, siasatan berhubung kematian Zara Qairina masih diteruskan oleh pihak polis, termasuk prosiding inkues yang akan dibicarakan di mahkamah,” katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama