5 remaja dituduh kes buli Zara Qairina pada Rabu

KUALA LUMPUR: Lima remaja bawah umur akan dihadapkan ke Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, Rabu ini, bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Memetik sumber Berita Harian, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, berkata semua remaja terbabit berusia bawah 18 tahun dan akan dibawa ke mahkamah untuk prosiding berkenaan.

“Seramai lima orang akan dituduh pada Rabu ini di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu kerana kesalahan berkaitan kes buli Allahyarham Zara Qairina,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan pihaknya meneliti kertas siasatan polis dan membuat keputusan menuduh beberapa individu berdasarkan keterangan yang diperoleh.

AGC dalam kenyataannya menegaskan, keputusan menuduh suspek atas kesalahan buli tidak akan menjejaskan prosiding inkues kematian Zara Qairina yang sedang berlangsung.

Selain itu, siasatan polis berhubung kematian remaja berkenaan turut diteruskan seiring dengan prosiding inkues yang dijalankan di mahkamah.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama