Warga emas maut kemalangan di Jalan Damai-Luyang

Foto ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun disahkan meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser yang dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang elektrik dan terjatuh ke dalam longkang di Jalan Damai-Luyang, petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Yong Ket Kong tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.00 petang dan tiba lima minit kemudian bersama lapan anggota serta satu jentera FRT.

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati sebuah Toyota Land Cruiser telah melanggar tiang elektrik sebelum terjatuh ke dalam longkang. 

"Seorang mangsa lelaki didapati tersepit dan operasi menyelamat segera dijalankan," katanya dalam kenyataan.

Operasi dikendalikan dengan selamat dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.50 petang setelah semua aspek keselamatan dipastikan.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama