![]() |
Hasnah (dua dari kiri) ketika menyampaikan cenderahati kepada Tun Musa (dua dari kanan). |
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim di Istana Seri Kinabalu, hari ini.
Menurut Hasnah, kunjungan itu bertujuan memaklumkan Tun Musa berkaitan pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman dari Sabah dan Sarawak yang baharu.
Hadir sama, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abdul Rahman Sebli.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)