Tiga RUU lulus pada sesi akhir sidang DUN

 

Hajiji (dua dari kiri) tiba di lobi Dewan Undangan Negeri.

KOTA KINABALU:  Sebanyak tiga Rang Undang-undang (RUU) diluluskan pada sesi akhir Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang Keenam Belas.

Antara RUU yang diluluskan pada sidang kali ini ialah RUU Enakmen Cukai Jualan Negeri 1998 (Pindaan) 2025, Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) (Pindaan) 2025 dan RUU baharu, RUU Perubahan Iklim dan Tadbir Urus Karbon Sabah 2025.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir membentangkan RUU Perubahan Iklim dan Tadbir Urus Karbon Sabah 2025 diluluskan selepas bacaan ketiga yang dikendalikan oleh Speaker DUN Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M.Yahya melibatkan enam pembahas antaranya ADUN N.41 Liawan, N.25 Kapayan dan N.73 Sebatik.

Terdahulu, pada ketika sesi pembentangan awal, pindaan RUU Enakmen Cukai Jualan Negeri 1998 (Pindaan) 2025 dibentangkan oleh ADUN N.37 Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun selaku Menteri Kewangan turut diluluskan selepas bacaan ketiga. 

Manakala, RUU Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) (Pindaan) 2025 yang dibentangkan oleh ADUN N.68 Apas Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Sidang yang diberi bayangan sebagai sidang terakhir itu, ditangguhkan oleh Kadzim pada jam 4:21 petang.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama