Kolaborasi sektor kerajaan, swasta menyebarluaskan promosi program nasional

Suasana ketika perbincangan antara JAPEN Sabah dan pihak Proton 3S Shirba Auto World.

KOTA KINABALU:  Kolaborasi antara sektor kerajaan dan swasta dapat menyebarluaskan promosi bagi program nasional seperti Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025.

Menurut Penolong Pengurus Besar Stefanie Fanie John berkata sebagai rakan strategik kepada pihak kerajaan, sokongan daripada pihak swasta secara tidak langsung dapat mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

“Kolaborasi ini, bukan sahaja menunjukkan komitmen agensi swasta terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR), tetapi juga membantu menjadikan program nasional lebih rancak, inklusif dan relevan kepada semua segmen masyarakat.

“Di samping itu, ia dapat memupuk rasa cinta kepada negara dengan cara yang segar dan kreatif, selaras dengan nilai dan keutamaan generasi pada selasa.

“Secara tidak langsung ia juga akan menambah nilai yang signifikan kepada penganjuran program-program nasional yang lain” katanya ketika ditemui media selepas menerima kunjungan daripada Jabatan Penerangan Sabah di Pejabat Proton 3S Shirba Auto World di Tebobon," ujarnya kepada media di pejabatnya, pada Isnin.

Mengulas lanjut berkenaan kunjungan itu, Stefanie menjelaskan pihaknya terbuka dengan pelawaan dari JAPEN Sabah dalam menjayakan program KMJG yang dijangka bermula di Penampang, pada 1 Ogos depan.

“Pelbagai perkara dapat dibincangkan memandangkan ini merupakan kali pertama kerjasama ini diadakan namun semuanya berjalan dengan lancar di mana terdapat pelbagai program serta aktiviti dapat direncanakan kelak.

“Kita juga akan mengadakan beberapa perbincangan selepas ini dalam melancarkan pelaksanaan program dan seterusnya berharap kerjasama sebegini akan dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan agensi swasta lain agar melihat penyertaan penganjuran program sempena Hari kebangsaan bukan sahaja sebagai tanggungjawab tetapi sebagai penghormatan serta sumbangan bermakna kepada perpaduan, identiti nasional serta meningkatkan semangat patriotik rakyat Malaysia.

Hadir sama pada dalam sesi perbincangan itu ialah Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor, Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Peter Tong Ah Pin dan Urusetia KMJG 2025, Edi Rizam Kassim.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama