SPRM siasat taikun didakwa biayai skandal rasuah babit ahli perniagaan dan pemimpin UMNO Sabah


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat taikun syarikat Singapura yang dikatakan pembiaya skandal rasuah membabitkan ahli perniagaan Albert Tei dan pemimpin UMNO Sabah.

Menurut sumber Free Malaysia Today, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengesahkan perkara itu dan menyatakan pihaknya akan memanggil saksi berkaitan untuk dirakam percakapan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Sumber berkata, siasatan itu susulan artikel tular di media sosial mengenai individu terbabit.

“Merujuk kepada sebuah artikel berhubung seorang taikun syarikat Singapura yang dikatakan pembiaya skandal rasuah membabitkan Albert Tei dan pemimpin UMNO Sabah, SPRM telah memulakan siasatan untuk mengesahkan maklumat tersebut,” katanya.

Azam memaklumkan bahawa beberapa saksi akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Albert Tei pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas tuduhan memberi suapan kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berhubung permohonan lesen cari gali mineral di Sabah. 

Setakat ini, identiti taikun terbabit belum didedahkan secara rasmi namun siasatan dikatakan sedang giat dijalankan oleh SPRM bagi mengenal pasti sejauh mana pembabitannya dalam kes berprofil tinggi berkenaan.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama