![]() |
Foto ihsan Bomba |
Kenderaan tersebut dipercayai terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter, menyebabkan semua penumpang tercampak dan mengalami kecederaan pelbagai tahap.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.53 pagi.
Enam anggota dan jentera segera dikejarkan ke lokasi kejadian, yang terletak kira-kira 14 kilometer dari balai.
"Seramai 15 orang mangsa terlibat dalam kejadian tersebut melibatkan tujuh lelaki dewasa, tujuh wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.
“Sebelum ketibaan bomba, semua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke atas jalan,” katanya.
Seorang wanita berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas KKM.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (Pdrm) untuk tindakan selanjutnya.
13 lagi mangsa mengalami kecederaan, manakala seorang lagi mangsa iaitu pemandu kenderaan dilaporkan selamat.
Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.53 pagi selepas pihak bomba memastikan tiada lagi risiko di lokasi," ujarnya lagi.