RTM Sabah tegas nafikan pelantikan individu bukan warganegara

 

KOTA KINABALU: Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah tampil menafikan dakwaan bahawa individu yang dilantik sebagai pengarah produksi di jabatan tersebut merupakan seorang yang bukan warganegara Malaysia. 

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, RTM Sabah menyifatkan dakwaan yang dibuat menerusi media sosial oleh seorang penggiat seni tempatan, Jestie Alexius, sebagai tidak berasas dan berniat untuk mencemarkan imej jabatan. 

“Dakwaan bahawa RTM Sabah melantik individu bernama Faijis bin Mejal @ Yuri Mejal yang berstatus bukan warganegara sebagai Pengarah Produksi adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali,” menurut kenyataan itu. 

“RTM Sabah juga telah membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kes ini untuk siasatan dan tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan tersebut.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama