PBS-STAR adakan konvensyen esok, tumpu persiapan hadapi PRN Sabah

 

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan mengadakan konvensyen bersama pada Sabtu ini di mana perbincangan tertumpu kepada isu semasa dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Dijadualkan akan diadakan bertempat di Hongkod Koisaan di Penampang, konvensyen terbabit dijangka bakal dirasmikan oleh Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor.

"Lebih 5,000 orang, termasuk pemimpin parti, wakil akar umbi, dan ahli kedua-dua parti, dijangka hadir.

"Jemputan juga telah dipanjangkan kepada pemimpin parti komponen dalam gabungan GRS.

"Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dijadual menyampaikan ucaptama dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang," jelas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan PBS, semalam.

Konvensyen itu berikutan Memorandum Persefahaman yang ditandatangani antara PBS dan STAR pada 18 April 2024, bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama untuk memastikan kejayaan GRS pada pilihan raya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama