Kereta terbabas di jalan Pan Borneo, dua mangsa selamat

Foto ihsan Bomba

PAPAR: Dua individu terselamat selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas sendiri di Jalan Pan Borneo, berhampiran simpang Kabang, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.12 petang itu, kenderaan jenis Proton X70 yang dipandu lelaki berusia 58 tahun terbabas sendiri di lokasi berkenaan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Proton X70 yang terbabas sendiri.

“Terdapat dua mangsa masing-masing berusia 58 tahun dan 50 tahun yang berada dalam kenderaan tersebut namun kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.58 petang, selepas pihak Bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama