![]() |
Foto ihsan Bomba |
Dalam kejadian jam 2.42 petang itu, tiada mangsa dilaporkan cedera.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau , Mohd Nizam Sainkui memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 sebelum tiba di lokasi tiga minit kemudian.
"Sebuah rumah berkeluasan 50x60 kaki dan stor berkeluasan 60x60 kaki terbakar 100 peratus ketika pihaknya tiba di lokasi.
"Operasi pemadaman berjaya menyelamatkan tiga bangunan berdekatan termasuk lot kedai dua tingkat, sebuah bangunan kedai hardware dan rumah pemilik stor," katanya.
Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran dan empat pancutan air dari sumber jentera, pili bomba serta tangki air.
Selain itu, sebuah bas milik Kolej Geomatika yang boleh memuatkan 20 penumpang turut berjaya diselamatkan daripada terbakar sepenuhnya.
"Operasi terkawal sepenuhnya pada jam 3.38 petang sebelum tamat sepenuhnya jam 5.49 petang," ujarnya lagi.