643 peniaga kecil tepi jalan terima bantuan khas sekali bayar RM5,000

 

Isnin Aliasnih, pada persidangan DUN hari ini. (IHSAN: JAPEN Sabah)

KOTA KINABALU: Seramai 643 peniaga tepi jalan berlesen di seluruh Sabah telah menerima bantuan khas sekali bayar (one-off) sebanyak RM5,000, selaras dengan keputusan yang dipersetujui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Mac lalu.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih berkata, bantuan yang diberikan secara sekaligus itu melibatkan peniaga dengan kriteria ditetapkan.

Katanya, ia termasuk memiliki lesen perniagaan yang sah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). 

 “Kementerian Kewangan Sabah telah pun menyalurkan peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan untuk disalurkan terus kepada penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin dalam persidangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini. 

Sarifuddin Hata (Merotai-WARISAN) turut mengemukakan soalan tambahan jumlah keseluruhan peruntukan agihan bantuan itu.

Menjawab soalan terbabit, Isnin menjelaskan jumlah yang diperuntukkan mencecah sehingga RM3.215 juta.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama