![]() |
Zahid (tiga dari kiri) turut bersalam dengan Bung (empat dari kiri). |
KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri I Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu Terminal 2 pada jam 9:55 malam Isnin.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengadakan lawatan kerja sehari ke Kota Kinabalu bagi merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Pemerkasaan Kepimpinan Luar Bandar MADANI Tahun 2025 di Sabah International Convention Centre dekat sini, hari ini.
Ketibaan Zahid yang menaiki pesawat khas disambut oleh Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa serta Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Mokhtar Radin dan beberapa pemimpin tempatan.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)