![]() |
Bung Mokhtar (kiri) bersama Zahid (kanan) sewaktu sidang media di Program Pemerkasaan Usahawan Wanita di SICC hari ini. |
Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan rundingan tetap menjadi keutamaan dalam usaha mengelak pertembungan kerusi antara parti politik.
“Kita sentiasa mengadakan pertemuan dengan semua pihak, kerana tidak ada pintu yang harus dibuka seluas-luasnya dan tidak ada pintu yang ditutup serapat-rapatnya.
“Ruangan perundingan dan kunjungan itu sering dilakukan. Kita mengharapkan yang positif... Perincian hanya boleh dilakukan selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan,” katanya.
Zahid menjelaskan bahawa rundingan berkaitan pembahagian kerusi akan dibincangkan secara mendalam apabila tiba waktunya.
“Kita bertanding atas lambang Dacing Barisan Nasional. Tetapi kita tidak menolak kolaborasi dengan gabungan-gabungan parti lain.
“Yang terbaik ialah kita mempunyai sikap terbuka... dan tentunya kita mencari rakan lebih ramai daripada mencari musuh,” katanya lagi.
Tambah beliau, fokus BN ketika ini adalah memperkukuh kerjasama strategik serta mencari rakan politik seramai mungkin, demi menjamin kestabilan politik di negeri ini.
Katanya, segala bentuk kerjasama akan dipertimbangkan dengan mengambil kira kepentingan rakyat Sabah serta landskap politik semasa.