Tun Musa sertai 5,000 umat islam tunai Solat Sunat Aidiladha 1446H

Para jemaah mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan bersalaman bersama Tun Musa seusai solat sunat dan khutbah hari raya Aidiladha.
KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah,Tun Musa Aman menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1446H bersama kira-kira 5,000 jemaah di Masjid Negeri Sabah pada Sabtu.

Ketibaan Tun Musa  pada jam 7.20 pagi disambut oleh Timbalan Ketua Menteri lll Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa solat berkenaan Datuk Jumain Abdul Ghani.

Sekitar jam 7.30 pagi, Tun Musa menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha yang diimamkan Imam Besar Masjid Negeri Suhaidi Kuanting disusuli khutbah bertajuk 'Pengorbanan: Tiada Kejayaan Semanis Madu, Tanpa Pengorbanan Sepahit Hempedu' disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu@ Aziz Jaafar.

Seusai solat sunat dan khutbah Aidiladha Tun Musa meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra bersama para jemaah sebelum beredar meninggalkan majlis pada jam 8.30 pagi.

Turut hadir, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama