Perutusan Aidiladha: Kukuhkan persaudaraan dan perpaduan - Ketua Menteri


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengajak seluruh rakyat Sabah di negeri ini untuk bersama-sama terus memperkukuhkan persaudaraan dan perpaduan.

Beliau juga meminta umat Islam di negeri ini untuk terus memperteguhkan lagi keimanan dan ketaqwaan terhadap kebesaran dan keagungan Tuhan, serta menghayati kisah dan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS.

“Naratif AidilAdha yang berkait rapat dengan kisah dan sejarah amalan korban, melibatkan dua figura besar dalam Islam iaitu Nabi Ibrahim AS bersama anakanda baginda, Nabi Ismail AS membawa pengertian dan falsafahnya yang tersendiri,mencakupi tiga aspek utama dalam kehidupan umat manusia, iaitu perjuangan, pengorbanan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT.

“Justeru, AidilAdha yang jatuh sempena bulan Haji ini, merupakan bulan suci yang di dalam mengandungi segala rahsia yang terkait dengan apa yang disebut sebagai Habluminallah dan Habluminanaas, iaitu hubungan insaniah dengan Tuhan yang Maha Pencipta, dan hubungan kita sesama umat manusia.

“Semoga sambutan AidilAdha kali ini akan terus memperkukuhkan persaudaraan dan perpaduan di kalangan kita rakyat Malaysia di negeri ini,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidiladha 1446H, di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat, di mana jua berada.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama