Temu Mesra Pekerja Ekonomi Gig: Usaha kerajaan pastikan kebajikan rakyat

 

Peter (tiga dari kiri) menyerahkan voucher sumbangan kepada wakil pekerja Gig.

PENAMPANG:  Program Temu Mesra Pekerja Ekonomi Gig merupakan usaha konsisten kerajaan Madani untuk memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian khusus.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabah, Peter Tong Ah Pin, program kolaborasi JAPEN Sabah dan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (ICU JPM) itu menjadi platform perbincangan secara bersemuka dan santai di antara pekerja ekonomi gig dan agensi - agensi kerajaan Persekutuan bagi memperkukuh sokongan terhadap sektor berkenaan. 

Dalam program itu, 33 pekerja e-hailing industri GIG didedahkan dengan perkongsian ringkas berkaitan Tawaran I-Saraan dan Program Penjana GIG, masing-masing disampaikan oleh wakil Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di sini, pada Selasa.

Turut diadakan, sesi Dialog Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai Keselamatan Sosial Pekerja GIG.

Turut hadir, Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah Deputi Superintenden Polis (DSP) Juraimah Ismail, Ketua Bahagian Pengurusan IPD Penampang Asisten Supritendan Polis (ASP) Arisanti Azizi serta Pengerusi Madani Kampung Moyog Ricky Chan.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama