![]() |
Jauteh ketika ditemui media. |
KOTA KINABALU: Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2025 akan diadakan di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Kontinjen Sabah pada 31 Julai depan.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun, sambutan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu itu dijangka dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman selain jemaah kabinet negeri.
Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Musa di Istana Seri Kinabalu, hari ini.
Dalam pada itu, Jauteh turut menjemput orang ramai untuk hadir menyaksikan sambutan berkenaan mulai jam 8 pagi.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)